molekul.kecil.adda: :: Rindu Kasih Seorang Ibu ::

:: Rindu Kasih Seorang Ibu ::

Assalamualaikum dan selamat pagi blogger. Dah lame rasanya Miss Adda x update blog. Maklumlah kehidupan sebagai seorng pekerja sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam pada kehidupan harian Miss Adda. Bila jam loceng kul6 berbunyi, mata yg dipejam harus dicelik segera. Mandi2 dan ciapkan diri utk ketempat kerja. Bila hari dah jauh malam, dan masuknye waktu maghrib baru la sampai umah. Alhamdulillah hari2 yg dilalui berjalan lancar dgn izin yang Maha Esa. Semoga diriku terus diberikan kesihatan yg baik. InsyaAllah. 


Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 tahun, arwah Umi meninggalkan kami sekeluarga. Namun begitu, dirinya tetap subur dalam ingatan kami. Setiap saat Miss Adda terpikirkan arwah Umi. Kadangkala tersenyum sorang2 mengingat kembali kenangan2 pahit manis bersama arwah. Susah senang kami sekeluarga. Sekarang Miss Adda dah pon menginjak 24 tahun. Bila semakin dewasa, terasa diri ini terlalu memerlukan seorng Ibu utk menumpang kasih dan berkongsi suka dan duka. Walaupun hidup Miss Adda dikelilingi mereka yang memahami, tp tetap rasa sepi tanpa seorng IBU. 


:: Kenangan terakhir bersama arwah UMI :: Aidilfitri 2009 ::

Miss Adda ada terdengar kawan2 kata kalau kita terlalu rindukan seseorang,pasti mereka akan hadir dalam mimipi kita. Dan Alhamdulillah, it happens. Arwah Umi datang dalam mimpi Miss Adda. Datang dgn senyuman dan yang indahnya bila Umi datang semata-mata untuk persiapan kahwin Miss Adda. Ya Allah, indahnya saat i2. Kami sempat berbual2 mesra, ape yang Miss Adda dapat ingt dan masih terngiang-ngiang ditelinga adalah bila Umi gtau yang “Ada xpayah la sewa pelamin, nanti kita buat pelamin sama2. Hias same”. Ya Allah, airmata mengalir tanpa henti tanpa Miss Adda sedar. Bila bukak je mata pagi 2, air mata masih lagi mengalir laju. Perasaan rindu pada Umi membuak2 . Mata mula membengkak disebabkan menangis dalam tidur tanpa sedar. Ya Allah, sangat2 indah saat itu. Walaupon hanya beberapa jam jer,tp ianya tetap menjadi ingatan yang indah. Ya Allah,tempatkanlah ibuku di kalangan ahli2 syurga. 

:: Miss Adda bersama arwah UMI :: 3 tahun yg lalu ::

Alhamdulillah Miss Adda panjatkan kesyukuran pada Allah, walaupon tanpa seorang ibu d cc tp Miss Adda masih punya Ayah yang amat memahami.  Benar la bak pepatah melayu : Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih Ayah sepanjang masa : Alhamdulillah, dikurniakan seorang Ayah yang sgt memahami perasaan dan rintihan seorang anak ppuan. 

:: thanks Abi for everything :: luv him ::

Bila mana kita merindui seseorang, pasti aje jari pantas mencari gmbr2 kenangan bersama mereka. Miss Adda amat kecewa bila hnya ade beberapa keping saje gmbr bersama arwah Umi. Bila semua dah berlaku, baru kita akan perasan macam2 yg kita xcempat lakukan bersama mereka.

Kawan2, andai ibumu masih lagi ada, hormatilah mereka. Layanlah mereka sebagaimna mereka melayan kita sejak dari dalam kandungan hingga umur kita sekarang. Hargailah mereka selagi mereka masih bersama kita. Hilang mereka tiada gantinya.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil”

Alfatihah untuk arwah Umi tersayang. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan ahli2 syurgaMU.

With Love :
Miss Adda



No comments: