molekul.kecil.adda: :: Kelebihan Puasa 6 Di BUlan Syawal ::


:: Kelebihan Puasa 6 Di BUlan Syawal ::



Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun".

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam. Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.



Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah 
ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. 

puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik 

mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan



Alhamdulillah, sy dah beraya hari ni :) dah berjaya puasa 6 di bulan syawal . sejak beberapa tahun kebelakangan ni MIss Adda dah berjaya berpuasa 6 .. alhamdulillah Ya Allah :)

No comments: