Apabila seorang muslim baik lelaki atau
wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada
rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu
datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada
juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah
bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk
lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik,
maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya.
Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan
hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang
sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha
Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa
bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum
mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan
bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka,
“apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka
yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang
perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk
memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah.
Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan
memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan
rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak
mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian
Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak
Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang
menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara
kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no.
2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan
niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah
berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu
pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah
kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan
hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila
kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya
ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik,
cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab
terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan
diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab
dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang
terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu
antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa.
Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari
usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita
meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui
bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak
kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar.
Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang
merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal /
dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya
selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih
riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya
jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih
riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar
dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai
dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan
itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam
Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi
kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi
kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah
kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat
Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong
agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah
Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan
pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang
yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan
Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan
menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu
ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus
berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap
muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji
Allah?
http://amekaw.com/2012/12/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin-berkahwin/
Same2 la kita berusaha kearah hidup yang lebih baik :)
mood: menghitung bulan utk disatukan :) aminn.. InsyaAllah ..
1 comment:
jom follow
Post a Comment