molekul.kecil.adda: __ budget2012__


__ budget2012__

selamat malam kawn2 ..
seperti biasa ..
rutin tahunan aku ...
tgok BUDGET la .. hahhahah ...
but now .. aku termissed tgok budgetb .
sbb kat hostel ni xder TV lorhh ..
so inisiatif nya ..
aku terpaksa la bace script yg panjang berjela ...
bersekang mata .. hahahah
dan ini adalah hail nye ..
xlarat nk COPY smua ..
korang rajin2 la bg eh ..
bg yg MINAT ngn budget neh ..







Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi 
melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk 
projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI 
khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. 

Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan 
perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.


 Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, 
pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan 
adalah disediam dengan percuma.
 Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam 
akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. 
Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA,
 akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji
 dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran 
bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. 
Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. 

Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji 
dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan 
bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan.
 Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. 
Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.


okey done :)
selamat membaca ..
nyte ..
(^^)

No comments: