molekul.kecil.adda: :: Cinta yg terbaik utk KITA ::


:: Cinta yg terbaik utk KITA ::

Cinta itu sememangnya hadir tanpa diundang.Tanpa diminta tanpa dipaksa.
Tetapi adakah cinta yang hadir itu harus diterima sahaja?
Kita sebagai manusia diberikan anugerah istimewa iaitu hak untuk membuat pilihan
.Dalam percintaan juga,kita diberikan hak untuk memilih dan menentukan bagaimana cinta yang kita inginkan atau siapa pasangan yang kita mahu untuk mendampingi diri kita.
Jadi,seharusnya kita memilih apa yang terbaik buat kita bukan sekadar menerima apa yang ada..

 Tips yang diberikan dibawah mungkin ada manfaatnya buat kita.




Cinta itu tidak dapat dipegang atau dipandang seperti benda tetapi ia dapat dirasakan melalui hati yang ikhlas dan jujur.Tanyalah pada hati apa atau siapa yang ada didalamnya.

Jangan memilih pasangan berdasarkan paras rupanya,kerana harta ataupun pangkatnya.Eloklah memilih kerana hati anda memang benar-benar sukakannya.

Andainya anda ingin memilih pasangan berdasarkan pangkat dan harta.Harus diingat bahawa semuanya hanyalah sementara, dan pinjaman dari Tuhan semata-mata.Bila-bila masa Tuhan boleh menarik balik apa yang diberikan.Usah anda tertipu dengan tarikan dan godaan material.

Jika memilih pasangan berdasarkan paras rupa memangnya tak salah.Tetapi,apakah kecantikan atau ketampanan itu akan kekal selamanya?Fikirkanlah..sekiranya pasangan anda cantik/tampan seperti model-model, apakah anda boleh sehebat dan sama rata dengannya?Mungkin lebih baik jika memilih yang sedap mata memandang saja..

Janganlah terpedaya dengan apa yang anda nampak pada luaran pasangan sahaja kerana apa yang penting dalamannya.Misalnya beradab,bersopan santun,pengasih,penyayang,
dan sebagainya.

Tidak dinafikan ada yang memilih untuk memiliki hak orang lain.Sebaik-baiknya,elakkanlah dari bersikap sedemikian.Hakikatnya,tiada siapa yang sebenarnya rela dan sanggup berkongsi kasih.Sesiapa pun mahukan orang yang dicintai milik dirinya seorang saja.

Elakkan dari memilih pasangan yang tidak menghormati dan menghargai diri anda.Misalnya pasangan yang berani memukul,menghina,dan tidak menunjukkan kasih sayangnya.Biarlah anda tak memiliki si dia asal maruah dan harga diri terjaga.Bukankah cinta itu seharusnya memberikan kebahagiaan bukan penderitaan.

Kiranya anda terpaksa memilih diantara banyak pilihan,pilihlah orang yang menyayangi dan sanggup bersusah kerana anda.Cintai orang yang menyintai anda dan anda pun menyintainya.Ketepikanlah orang yang hanya anda saja menyintainya sedangkan dia hanya menganggap anda sebagai peneman hidupnya saja.

Andai anda disuruh memilih menurut pilihan ibubapa,usahlah bimbang dan risau.Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.Jika anda belum bertemu orang yang sesuai,tiada salahnya mengikut pilihan dan kemahuan ibubapa.

Yakin dan tetapkan hati dengan pasangan yang anda pilih.Jangan mudah berubah hati hanya kerana anda rasa ada yang lebih baik darinya.


Beberapa tips diatas sekurang-kurangnya dapat memberikan asas untuk anda memilih dan menentukan cinta/pasangan yang terbaik buat hidup anda kelak.
Semoga cinta yang kita temui dan pilih nanti akan berkekalan hendaknya.
Amin .. InsyaALLAH 
(^^)

2 comments:

CikLaLA said...

Perasaan adalah sesuatu yang indah tetapi agak pelik. kan..

Miss AdDA said...

betul 2 cik lala ..
kdg2 terpk kenapa perasan 2 hadir ..
pada org yg xmampu kita miliki .
huhhuhuh .. susah dan pelik